PERKHIDMATAN OKU

Bagi membantu warga OKU yang memerlukan, talian bantuan disediakan seperti berikut:

Pendahuluan

Universiti Teknologi MARA sentiasa komited terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) sama ada terdiri daripada pelajar, kakitangan mahupun anak kakitangan UiTM. Bagi memastikan kebajikan warga UiTM kurang upaya mendapat manfaat yang diperuntukan oleh pihak kerajaan, Unit Perhubungan Orang Kurang Upaya (UPO) telah ditubuhkan pada 1hb November 2019 yang bernaung di Pejabat Naib Canselor.

Objektif penubuhan unit ini adalah bagi menyelaras pengurusan warga OKU di semua peringkat pentadbiran dalam UiTM. Memenuhi dan menjaga hak warga OKU untuk mendapatkan akses penuh kepada sistem Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dan kehidupan di UiTM. Selain daripada meningkatkan kesedaran mengenai hak dan isu berkaitan OKU kepada semua warga OKU UiTM, unit ini juga ditubuhkan untuk memperkasakan daya saing warga OKU secara holistik UiTM.

Pekeliling, Polisi & Garis Panduan

Bagi menjayakan pemantapan perkhidmatan kepada warga OKU UiTM, universiti sentiasa memastikan pelaksanaan adalah berdasarkan kepada perkara berikut:

  1. Polisi Pengajian Pelajar Kurang Upaya UiTM 2018
  2. Polisi Pengajian Inklusif untuk Pelajar Berkeperluan Khusus dan Kurang Terwakili (Under-Represented) UiTM 2021
  3. Polisi Menduduki Kolej Kediaman 2022

Tabung Cakna OKU

Tabung Cakna OKU telah diwujudkan dan dihebahkan kepada seluruh warga UiTM bagi menyumbang bantuan kepada warga OKU UiTM. Antara bantuan khusus yang diberikan di bawah hasil sumbangan tabung ini adalah seperti berikut:

  • Bantuan Khas OKU UiTM (BKWO-UiTM)
  • Kebajikan:
  • Bantuan alat tiruan / sokongan
  • Bantuan rawatan / terapi
  • Lain-lain keperluan semasa
  • Perkhidmatan Jurubahasa Isyarat Malaysia (JBIM)
  • Pembelian alat asistif / sokongan
  • Bantuan Bencana Warga OKU
  • Fasiliti dan Prasarana – penambahbaikan prasarana dan infrastruktur mesra OKU UiTM
  • Program dan aktiviti pemerkasaan warga OKU:
  • Pemerkasaan OKU
  • Motivasi pelajar / penjaga OKU
  • Pembangunan kendiri warga OKU
  • Program-program kesedaran dan advokasi warga UiTM
  • Lain-lain program berkaitan
  • Pengoperasian UPO UiTM termasuk modal pusingan aktiviti keusahawanan.

Jaringan Bersama Industri

Bagi membantu membangunkan diri warga OKU, universiti memberi penumpuan dalam pembangunan bersama industri dengan skop berikut: 

  1. Upskilling Programmes
  2. Pemantapan Kerjaya
  3. Keusahawanan Sosial

Perkhidmatan Sokongan Mahasiswa OKU



Latihan, Pembangunan & Sokongan

1. Upskilling Programmes bersama Awantec Berhad
2. Projek bersama Maybank Protege (Projek Khas Maybank – UiTM) 

  • Laluan kerjaya OKU UiTM selepas belajar
  • 11 alumni OKU UiTM – Fasa 1

3. Projek Keusahawan Sosial bersama Richiamo Coffee Sdn. Bhd

  • Latihan keusahawanan, peluang pekerjaan

UiTM Inspirational and Inclusion Club (UIIC)

Perhatian kepada warga OKU diberikan dengan penubuhan UIIC bagi mewujudkan sistem sokongan dan motivasi yang merangkumi aspek berikut:

  1. Sokongan emosi dan psikososial
  2. Peluang terlibat sama dalam program-program
  3. Pemantapan kepimpinan
  4. Pembentukan mahasiswa dinamik dan holistik

Program/Aktiviti Berterusan

  1. Pengemaskinian data-data warga OKU UiTM.
  2. Sokongan berterusan kepada warga OKU UITM – merangkumi keperluan-keperluan khas dari aspek pembelajaran dan pekerjaan.
  3. Bantuan Khas Warga OKU UiTM (BKWO-UiTM) – minimum 2 fasa setiap tahun.
  4. Program-program kesedaran OKU.
  5. Program-program pemerkasaan warga OKU UiTM.

Talian Untuk Dihubungi

Unit Perkhidmatan OKU (UPO UiTM)
Kompleks Antarabangsa Universiti Teknologi MARA

40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Email : upo@uitm.edu.my
Tel     : +603-5543 5063
Fax    : +603-5543 5063

 

Unit Perkhidmatan OKU UiTM