AKADEMI PEMBANGUNAN PKS DAN KEUSAHAWANAN MALAYSIA (MASMED)
Sejarah MASMED bermula pada tahun 1975 di mana Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) telah ditubuhkan dengan objektif untuk merancang serta melaksanakan pendidikan, latihan dan penyelidikan keusahawanan di samping penawaran khidmat nasihat serta konsultansi kepada usahawan Bumiputera.
Pada 2009, Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) telah ditubuhkan dengan menggabungkan tiga (3) pusat keusahawanan di UiTM iaitu MEDEC, Tunas Meka dan Entrepreneurship Research and Support Centre (ERSC). MASMED mempunyai dua (2) pusat utama yang diterajui oleh 2 orang Pengarah iaitu Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Pusat Keusahawanan Mahasiswa. Di samping itu, MASMED juga mempunyai cabang perniagaanya sendiri iaitu MASMED Business Unit yang mempunyai hak eksklusif kepada pengedaran Air Mineral UNIAA UiTM dan barangan merchandise jenama UiTM.
Sehingga kini, MASMED telah pun melalui pelbagai era perubahan sesuai dengan visi dan misi UiTM serta terus kekal relevan dalam memperkasakan ekosistem keusahawanan Universiti untuk menuju Globally Renowned, Locally Rooted UiTM menjelang tahun 2025.
FUNGSI PUSAT/ UNIT SERTA PROGRAM YANG DITAWARKAN
Pusat Pembangunan Keusahawanan
Penawaran program latihan keusahawanan dengan kerjasama agensi Kerajaan, Institusi Kewangan dan pihak industri (dalam dan luar negara) untuk melahirkan graduan usahawan dan usahawan yang berdaya saing
Program yang ditawarkan:
- Post-Graduate Training in Innovation & Entrepreneurship Exploration (TIE2)
- Unicorn Scholar Programme (USP)
- Smart Agro Solarpreneur
- Global Outreach Programme
- Training of Trainers
- Latihan kemahiran tenaga pengajar keusahawanan
- Konferensi keusahawanan
Pusat Keusahawanan Mahasiswan
Penawaran program latihan keusahawanan yang difokuskan kepada Mahasiswa UiTM yang masih dalam pengajian, dengan kerjasama agensi Kerajaan, Institusi Kewangan dan pihak industri (dalam dan luar negara) untuk melahirkan usahawan pelajar yang berdaya saing. Penyelarasan aktiviti keusahawanan di seluruh fakulti/ kolej pengajian/ UiTM Cawangan yang selaras dengan visi dan misi Universiti.
Program yang ditawarkan:
- Tabung Keusahawanan Siswa
- Dana pemula perniagaan daripada Institusi Kewangan
- Pameran hasil inovasi dan perniagaan pelajar
- Program latihan keusahawanan mahasiswa
- Inkubator perniagaan pelajar
MASMED Business Unit
Perancangan peluang dan aktiviti perniagaan MASMED di samping pengedaran air mineral jenama UNIAA dan barangan merchandise jenama UiTM
Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED)
40450 Shah Alam, Selangor
Tel: (+603) 5543 5665 / 5660
Emel: masmed@uitm.edu.my
Website : masmed.uitm.ed.my
Direktori Staf
Prof. Madya Dr. Badrul Isa
Penolong Naib Canselor (Keushawanan)
(+603) 5543 5650
badru010@uitm.edu.my
Pengarah
Pusat Pembangunan Keusahawanan
rohan316@uitm.edu.my
Pengarah
Pusat Keusahawanan Mahasiswa
(+603) 5544 ****
roselina_roseley@uitm.edu.my
Ketua
Jabatan Pembangunan Modal Insan Keusahawanan
(+603) 5544 ****
nurzaki@uitm.edu.my
Ketua
Jabatan Perundingan dan Pembangunan Perniagaan
(+603) 5544 ****
azuan@uitm.edu.my
Ketua
Jabatan Penjenamaan Korporat
(+603) 5544 ****
ilyan104@uitm.edu.my
Ketua
Jabatan Pengajian dan Penyelidikan Keusahawanan
(+603) 5544 ****
maslina_aziz@uitm.edu.my
Pegawai Eksekutif (Pentadbiran & Korporat)
(+603) 5543 5662
mohamed1993@uitm.edu.my
Pegawai Eksekutif (Pusat Pembangunan Keusahawanan)
(+603) 5543 5663
aishah3622@uitm.edu.my
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
(+603) 5543 5668
ahmad038@uitm.edu.my
Ahmad Faizal Abdullah
Pembantu Khidmat Am
(+603) 5543 5678
faizal452@uitm.edu.my