KOLEJ KEDIAMAN KRISTAL

Kolej Kediaman Kristal adalah dibawah pengurusan Pusat Residensi dan Hospitaliti , Bahagian Hal Ehwal Pelajar menawarkan kemudahan penempatan untuk pelajar antarabangsa dan tempatan UiTM. Kolej Kediaman Kristal mula beroperasi pada 1 Februari 2008 dengan kemasukan pertama adalah pelajar antarabangsa semester Julai 2008. Kolej ini menyediakan kediaman untuk pelajar perseorangan dan pelajar berkeluarga. Permohonan untuk mendapatkan kemudahan kediaman di Kolej Kediaman Kristal adalah melalui Pusat Residensi dan Hospitaliti Pelajar.

Kolej ini terletak di dalam kawasan perumahan awam iaitu Kondominium Kristal dengan jarak kurang daripada 5km daripada kampus utama UiTM Shah Alam. Blok ini terdiri daripada 11 tingkat dengan 83 unit rumah. Setiap unit rumah mempunyai 3 bilik tidur, 1 ruang dapur dan dua bilik air yang dilengkapi dengan perabot asas.Selain daripada itu, bilik kemudahan yang disediakan adalah bilik komputer, bilik perbincangan, bilik mesyuarat dan bilik tv. Kemudahan bilik dobi, kedai runcit dan surau terdapat berhampiran dengan blok kolej kurang daripada 500 meter.

Sila hubungi

Kolej Kediaman Kristal
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
Tel: (+603) 5518 1142 / 1143
Faks: (+603) 5518 1141
Emel : prhpuitmsa@uitm.edu.my 

Direktori Staf


Noor Azman Mohd Wahi
Penolong Pengurus Asrama
(+603) 5518 1142/1143
nooraz144@uitm.edu.my 
 

Adawiyah Ismail
Penyelia Asrama Kanan
(+603) 5518 1142/1143
adaisma@uitm.edu.my 

Mohd Rijal Hafizi Hamzah
Pembantu Operasi
5518 1142/1143