UNIT PENGURUSAN KEBAJIKAN PELAJAR

Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar memainkan peranan penting dalam menyediakan sokongan kewangan kepada pelajar yang memerlukan melalui dua tabung utama, iaitu Tabung Kebajikan dan Tabung Kecemasan Pelajar, tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan. Selain itu, unit ini juga bertindak sebagai penyelaras bagi program-program yang berkaitan dengan keperluan pelajar. Usaha ini bertujuan untuk memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara dan menyokong mereka dalam menghadapi cabaran sepanjang tempoh pengajian.

Jenis Bantuan

Tabung Kebajikan Pelajar
a. Bantuan Pinjaman Kewangan Yuran Pengajian
b. Bantuan Sara Diri
c. Bantuan Tambang Perjalanan Kematian Ibu/Bapa Kandung
d. Bantuan Bencana Alam (banjir, rumah terbakar, wabak penyakit, dan lain-lain yang bersesuaian dengan situasi)

Tabung Kecemasan Pelajar
a. Bantuan Kewangan untuk Pelajar Kemalangan atau Kecederaan
b. Bantuan Kewangan untuk Pelajar Sakit Kronik
c. Bantuan Kewangan bagi Pelajar Meninggal Dunia

Selain itu, unit ini juga berperanan sebagai perantara dalam menyebarkan hebahan berkaitan tajaan, biasiswa, dermasiswa, dan bantuan one-off daripada pelbagai agensi kerajaan serta swasta. Unit ini turut membantu pelajar yang menghadapi masalah berkaitan tajaan mereka, memastikan kebajikan serta hak pelajar terus terjaga sepanjang tempoh pengajian.

Bagi mendapatkan bantuan-bantuan yang disediakan, para pelajar boleh membuat permohonan secara atas talian melalui portal pelajar sistem ehep atau hubungi Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar seperti ditalian berikut:

Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar
Aras 3, Kompleks Budisiswa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
Tel: (+603) 5544 3545
Emel: upkp@uitm.edu.my 

Direktori Staf


Norsafarina Mohd Yusoff
Pegawai Eksekutif Kanan
(+603) 5544 3542
safarin@uitm.edu.my

Norhasliani binti Zakaria
Kerani Kanan
(+603) 5544 3545
norhasliani@uitm.edu.my

Anurul Hidayah Ismail
Kerani
(+603) 5544 3545
anurulh@uitm.edu.my


Ahmad Azrin Ahmad Anwal
Pembantu Khidmat Am
(+603) 5544 3545
ahmad616@uitm.edu.my