PROFIL

Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA merupakan nadi pengurusan pelajar bagi seluruh sistem universiti untuk menyempurnakan bidang tugas, tanggungjawab dan fungsinya selaras dengan peruntukan Akta 173 dan Akta 174 sejak tahun 1976 dan pindaan-pindaannya di bawah kawalan Naib Canselor UiTM.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar adalah antara bahagian yang penting dalam membantu UiTM melahirkan graduan yang mempunyak kemahiran insaniah yang tinggi dan berpersonaliti unggul untuk memenuhi keperluan global.

Peranan ini dimainkan menerusi dua fungsi teras iaitu Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar serta menyediakan Kemudahan dan Perkhidmatan Pelajar.