PUSAT RESIDENSI & HOSPITALITI PELAJAR

Pusat Residensi & Hospitaliti Pelajar ini merupakan pusat utama pengurusan pentadbiran kolej-kolej kediaman di Shah Alam dan kampus cawangan.

Fungsi dan Tanggungjawab Pusat Residensi & Hospitaliti Pelajar

1. Merangka dasar dan peraturan kolej kediaman UiTM dan menyelaras penyeragaman, pemantauan perlaksanaan dan penambahbaikan dasar.
2. Menguruskan penyediaan surat pekeliling Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar berkaitan dasar pentadbiran dan peraturan kolej kediaman.
3. Pengurusan Staf Residen Kolej (SRK).
4. Mentadbir hal ehwal Pengurusan Sumber Manusia (Pengurusan Asrama) dengan lebih efisien dan sistematik.
5. Merancang pengurusan penempatan pelajar baharu, pelajar lama, sewaan pelajar dan agensi luar.
6. Menyelaras Laporan Prestasi untuk dimajukan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar ke Kementerian Pengajian Tinggi.
7. Memantau Petunjuk Prestasi (KPI) Kolej Kediaman supaya mencapai objektif.
8. Memantau dan menguatkuasakan kontrak tender sedia ada di kolej-kolej kediaman.

Perkhidmatan yang disediakan

1. Menyelaras permohonan pelajar mendapatkan tempat tinggal di kolej-kolej kediaman.
2. Menyelaraskan segala pembelian dan naiktaraf kolej kediaman UiTM Shah Alam.
3. Melaksanakan kaedah sistem elektronik untuk kemudahan pelajar dan kakitangan kolej kediaman (e-insentif, e-kolej, e-rayuan dan e-selenggara)
4. Menyelaraskan urusan tender sewaan perabot di kolej-kolej kediaman.
5. Menyelaras sewaan penempatan kepada pelajar semasa cuti.
6. Menyelaras permohonan penginapan transit daripada luar (termasuk agensi-agensi kerajaan dan swasta, kolej, universiti, sekolah).
7. Lain-lain perkhidmatan; menyelaras permohonan dan penyambungan perkhidmatan Pegawai Pmbangunan Pelajar (PPP) dan Pengetua Kolej Kediaman.


Sila hubungi

Pusat Residensi & Hospitaliti Pelajar
Aras 3, Kompleks Budisiswa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
Tel: (+603) 5544 3520
Faks: (+603) 5544 3221
Emel: unitkemudahankolej@uitm.edu.my 
Whatsapp Business : https://wa.me/message/ULX73D2HNRSJC1

Direktori Staf


Amizar @ Fadzilah Hj Mohd Amin
Pengurus Asrama Kanan
(+603) 5544 3520

Shazarina Razali
Penolong Pengurus Asrama Kanan
(+603) 5544 3515
shaza118@uitm.edu.my

Eliza Natasha Abdul Latiff
Penolong Pengurus Asrama Kanan
(+603) 5544 3515
eliza228@uitm.edu.my

Rodiah Sharif
Kerani Tingkatan Tertinggi
(+603) 5544 3587
rodia976@uitm.edu.my

Mohd Khaidir Shahbul Kahfi
Pembantu Operasi
(+603) 5544 3587
mohdkhaidir@uitm.edu.my